Friday, February 20, 2009

terima kasih kepada semua yang terlibat


Dengan adanya mereka,program MPSR dapat dijalankan dengan lancar..walaupun penat,akhirnya telah membuahkan hasil,kadar pelajar baru keluar dari SBP telah menurun dengan mendadak...
diharap usah ini dapat diteruskan oleh pewaris badan kepimpinan pada masa hadapan

inilah barisan kepimpina pada masa hadapan..berasam kita membentuk dan mendidik mereka untuk melahirkan bangsa yang cemerlang dan terbilang..dengan adanya barisan kepimpinan pengawas,pembimbing rakan sebaya serta badan dakwah,insyaallah mereka akan berjaya mencapai visi dan misi sekolah..

Sunday, January 25, 2009

MPSR Tingkatan 1 2009

Tanggal 12 Januari 2009,SBP Integrasi Sabak Bernam telah menerima lebih 50 pelajar tingkatan satu yang terdiri daripada pelajar dari Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.Mendaftar pada seawal 7.30 pagi sehingga 11.00 pagi, disambut dengan senyuman manis dari Badan Kepimpinan Pengawas.
Seterusnya mereka dibawa ke asrama dan ditunjukkan kepada mereka dorm masing-masing.Pada sebelah petang pula,pelajar-pelajar baru ini dikumpulkan di Dewan Ibnu Khaldun untuk sesi taklimat bersama ketua fasilitator, Siti Amirah Azhar.Mereka turut diperkenalkan dengan fasilitator-fasilitator yang akan bersama mereka sepanjang program orientasi nanti.
Pada sebelah malam pula, program orientasi dimulai dengan 'Ice Breaking' yang dikendalikan oleh kumpulan fasilitator Siti Amirah sendiri.Pelbagai ragam dapat dilihat ketika aktiviti berjalan.Pada akhir aktiviti, penghulu dan penghuluwati dilantik oleh saudara Fakhri Adha.Program orientasi ini berjalan selama 2 minggu dan penasihat utamanya adalah Cikgu Abd Rashid,guru Unit Bimbingan dan Kaunseling.Pada hujung minggu, para pelajar tingkatansatu ini diserahkan kepada Badan Kepimpinan Pengawas pula untuk slot 'pengurusan akademik' [iyola tu].Selain dari itu, antara badan Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) yang terlibat dalam pengurusan orientasi ini adalah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Badan Kepimpinan Pengawas (BKP), Majlis Ketua Dorm (MKD), Biro Ko-kurikulum setiap rumah,Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dan sebagainya.Sekian dari saya.Jika ada kesilapan,harap dapat memberi teguran.Seperti kata Saidina Abu Bakar 'Jika aku benar maka sokonglah aku,jika aku salah maka tegurlah aku'. Assalamualaikumwarahmatullah

petua coolkan diri


Kita memang selalu down, bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, mak berleter ngan kita atau cikgu marah ngan kita. Kita juga makin kurang bersemangat bila perniagaan kita menurun, rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno saja. Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga.
Cemana nak menghepikan diri sendiri? Mulakan dengan…
1. Niat di hatiKatakan pada diri sendiri “aku mau jadi hepi, aku nak jadi bersemangat!”.
2. Ubah pernafasan.Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang 5 hingga 7 kali untuk kesan maksima. 3. Ubah postur badan dan gaya berjalan.Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh konpiden, bior nampak bertenaga! 4. Menyanyi kecilMenyanyi-nyanyi boleh merubah mood kita, terutama lagu yang kita suka. Elak menyanyi lagu sedih, sebab ia merubah mood Anda bertukar menjadi sedih. Kita nak hepi, ye tak?
5. Banyakkan istighfar dan zikir Bila kita down, ada amarah kecil dalam hati kita, means kita tak puas hati tentang sesuatu, benda atau perkara, sebab itu emosi kita down lalu jadi kurang bersemangat. Untuk menghilangkan amarah tu, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi bila sebelum itu, Anda mengambil wuduk.. Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesan istighfa tu meresap masuk jauh ke sanubari Anda, sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga Anda benar-benar terasa damai, sedamai yang mungkin. Selepas itu, bersyukurlah atas semua apa yang Anda ada hari ini, saat ini, ketika ini. Misalnya, bersyukur sebab Anda ada tempat kerja untuk mencari rezeki, bersyukur sebab hujung bulan Anda ada pendapatan tetap bayar bil-bil Anda, bersyukur sebab Anda bertemu dengan blog iMotivasi yang menaikkan semangat Anda. Rajin bersyukur merubah jiwa anda menjadi lebih tenang, lantas menjadi lebih bersemangat! Pilih untuk menjadi orang yang hepi. Be happy, choose to be happy!